Monday 8 April 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa khabar sahabat handai pembaca sekalian? Moga kalian semua di dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT selalu.

Alhamdulillah Alam Siyahah melangkah setapak lagi untuk mengadakan 1 seminar yang agak lain dan jarang didengar iaitu Ibadat Umrah Cara Sunnah yang akan diterangkan secara terpeinci oleh seorang hamba Allah bernama Maulana Ustaz Tohir Muhamad Nuh dari marhalah Surau Mustaqimah, Seksyen 7, Shah Alam. Ust Tohir merupakan lulusan dari Negara Yaman, India dan Pakistan.

Hari ini ramai antara kita mampu mengerjakan umrah tetapi tidak semua dari kita mengetahui bagaimana Umrah yg ingin dikerjakan mengikut sunnah iaitu mengikut cara Nabi Muhammad SAW ajarkan pada sahabat2 dan umat baginda amnya.

Seminar ini akan diadakan di Masjid Negeri Shah Alam pada hari Ahad, 14 April 2013 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1434H.


Maksud untuk diadakan seminar luar biasa seperti ini adalah untuk memupuk kesedaran dan memberi ilmu berkenaan pentingnya Umrah dikerjakan cara sunnah. Kerana dengan cara sunnah, pertolongan Allah SWT akan turun dengan cepat. Agar kita pulang dari Ibadat Umrah memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan seharian kita.

Sekurang2nya kita dapat kekuatan untuk mengerjakan solah secara berjemaah 5 waktu di tempat azan diazankan. Atau kita ada kekuatan untuk berzikir ke hadrat Allah SWT dikala sunyi seorang diri. Atau Allah SWT akan tarbiah kita supaya lebih bersabar dan berhikmah.

Majlis ini akan diadakan di bilik kuliah 12. Pendaftaran dibuka seawal 945am dan bayaran dikenakan hanyalah RM10. Tuan2 anggaplah sumbangan untuk fi sabilillah dan mendapat ilmu dr orang alim. Allah akan ganti yg lebih baik untuk tuan2.

Jamuan ringan turut disediakan.


Berikut adalah ringkasan program;

Tajuk  :  Ibadat Umrah Cara Sunnah

Tarikh : 14 April 2013 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1434H

Masa  :  10.00am - 01.00pm (3 jam)

Tempat  : Bilik 12, Masjid Negeri Shah Alam

Pendaftaran  : 9.30pm - 10.00pm

Bayaran  : RM10.00

Jamuan ringan disediakan.

Sebarang pertanyaan oleh hubungi terus Ust Tohir - 019 6888 390 @ Raushan - 017 938 6908 (Whatsapp pon bole)..

Semoga dengan taklimat dan perkongsian Ilmu ini akan mendapat manfaat tuan2 dan mendapat redha Allah SWT..

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ

جَزَاكُمُ اللّهُ

Semoga Allah SWT temukan saya dan tuan2 di majlis Ilmu yang diberkati Allah SWT..
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ